Tentang Syarikat

Pengkalan Iman Sdn Bhd adalah sebuah syarikat 100% dimiliki oleh Bumiputra. Ianya telah berdaftar pada 11 Mac 2004.

Bermula dengan Pengkalan Iman Enterprise yang didaftarkan pada tahun 2002 yang bergiat aktif dalam bidang pembekalan dan perkhidmatan, kami memberanikan diri untuk melebar dan mengembangkan sayap ke arah sebuah organisasi yang lebih stabil dengan menubuhkan Pengkalan Iman Sdn Bhd.


Demi mencapai target ISO, Pengkalan Iman Sdn.Bhd. kini telah melaksanakan sistem e-filling, e-accounting bagi memperluaskan lagi bidang perniagaan.


Sejajar dengan arus pembangunan negara, Pengkalan Iman Sdn Bhd akan turut aktif serta progresif di dalam usaha ke arah kemajuannya bumiputra yang sebenar. Segala sokongan dan dorongan daripada mana-mana pihak adalah amat diharapkan. Rasional penubuhan Pengkalan Iman Sdn Bhd ini tidak lain adalah untuk memberikan kemudahan kepada semua golongan terutamanya masyarakat dan negara pada masa akan datang. Semoga dengan bantuan daripada pihak kerajaan dan swasta akan menaikkan nama serta penubuhan syarikat Pengkalan Iman Sdn Bhd dan menjadi sebuah syarikat gergasi bumiputra kelak.