Kedatangan Rumah Anak Yatim ke Pengkalan Iman membawa seribu kegembiraan!

Assalamualaikum.. salam sejahtera dan salam satu Malaysia..Moga kita semua di bawah payung rahmat Allah S.W.T.. Pada 27-12-2013 minggu terakhir dalam tahun 2013, Kedai kami "Pengkalan Iman" telah menerima kunjungan dari Rumah Anak Yatim Nur Hidayah. Kedatangan mereka yang membawa seribu keberkatan kepada kami. Seramai 24 orang pelajar anak yatim dan fakir miskin datang untuk menerima barang persiapan untuk ke sekolah yang di sediakan oleh syarikat kami Pengkalan Iman. Alhamdulillah syukur.. Moga-moga dapat membantu ringankan beban anak-anak tersebut. Kedatangan mereka ke kedai membuatkan anak-anak tersebut lebih bersemangat untuk melakar kejayaan di sekolah selepas menerima barang seperti anak tulis, baju sekolah dan pelbagai lagi barangan lain..

Kegembiraan terpancar di wajah-wajah mereka yang memberi semangat untuk ke sekolah.




Melayani kehendah mereka untuk persiapan ke sekolah


Wajah kegembiraan bila dapat kelengkapan sekolah


Beramah mesra bersama anak yatim dan guru Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, Baling


Bersalaman dengan guru Rumah Anak Yatim Nur Hidayah





Alhamdulillah.. Moga-moga segala bantuan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak kepada pelajar-pelajar tersebut dan dapat menumpukan perhatian di sekolah dan akhirnya dapat mencipta kejayaan. InsyaAllah.. 




Kunjungilah Ke Syarikat Kami yang sekarang sedang membuat PROMOSI 20% POTONGAN HARGA !!!

Terima Kasih kepada anda yang sudi membaca.. Assalamualaikum.